“Saya telah lama menyimpan hasrat untuk mendalami ilmu agama secara lebih tersusun, namun niat itu sering tertangguh kerana komitmen kerja dan kesibukan harian.
Apabila saya menyertai Sijil Pengajian Islam (SPI), saya mendapati suasana pembelajarannya amat kondusif, khususnya bagi orang dewasa yang ingin kembali menuntut ilmu. Barisan asatizah mengajar dengan penuh dedikasi, kesabaran dan hikmah, menjadikan setiap sesi mudah difahami serta dekat dengan realiti kehidupan.
Apa yang paling saya hargai ialah setiap modul bukan sahaja padat dengan ilmu, malah sangat praktikal dan relevan untuk diamalkan dalam kehidupan seharian. Pengalaman mengikuti SPI benar-benar menguatkan keyakinan saya bahawa tidak pernah ada istilah terlambat untuk menuntut ilmu agama.
Selagi Allah SWT mengurniakan kita usia dan kesempatan, sentiasalah berusaha memperbaiki diri dengan ilmu yang bermanfaat sebagai bekalan untuk dunia dan akhirat.”